selendangmu mengibar di pantai yang indah
menyambut tetamu pulau yang menyinggah ...
setiamu menjadi lagu ..
nyanyian ombak pagi ,
rambutmu menjalur hitam ,
terapung di laut malam ,
air matamu dingin embun ,
jatuh di tujuh telaga,
melengkung tujuh tanjung ,
putihlah pulau ini ,
di simbah darah yang suci ,
Mahsuri ,
sumpah itulah yang telah menghidupkan ' Langkawi '
kerna tanpamu ..
Langkawi tidak seperti begini ..
kata orang Mahsuri tidak pernah hidup ,
dia hanya bermula
dengan khayalan seorang seniman ,
pun orang kata Mahsuri pernah hidup ...
tetapi bahasa seorang pencerita ,
membuatnya lebih hidup dari kehidupannya ..
sastera yang mewarnai tanah air
kerana tanpa Mahsuri ,
Langkawi tidak sebegini bererti ..
Mahsuri membesarkan Langkawi ...
Sastera membesarkan tanah air ..
No comments:
Post a Comment